MCMC siasat individu muat naik imej Utusan Malaysia palsu

MCMC siasat individu muat naik imej Utusan Malaysia palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap seorang individu berhubung satu hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial memaparkan imej disunting menyerupai laporan portal berita Utusan Malaysia.

MCMC menerusi kenyataannya memaklumkan, imej suntingan tersebut yang disertakan dengan logo Utusan Malaysia didapati palsu dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

Katanya, siasatan awal turut mengesahkan bahawa Utusan Malaysia telah menafikan penerbitan laporan berkenaan serta menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama dan logo akhbar terbabit.

“Individu disyaki telah dipanggil bagi membantu siasatan dan keterangan telah dirakam pada hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka. Satu peranti telefon bimbit dan satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Menurut MCMC, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial terutamanya kandungan yang menggunakan identiti atau logo organisasi media tanpa kebenaran.

Katanya, penyebaran kandungan palsu boleh menjejaskan kredibiliti sumber berita sahih dan mengundang tindakan undang-undang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN