WTA beri perlindungan ranking kepada pemain

WTA beri perlindungan ranking kepada pemain

WTA memberi kelonggaran dengan melindungi ranking pemain tenis wanita bagi memberi peluang kepada mereka melakukan rawatan kesuburan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tenis wanita yang mengambil cuti daripada beraksi untuk membekukan telur atau embrio akan mendapat perlindungan kedudukan ranking mereka, kata WTA.

Pemain yang berada dalam ranking satu hingga 750 dalam acara perseorangan atau beregu memerlukan rehat sekurang-kurangnya 10 minggu berturut-turut daripada pertandingan bagi menjalani prosedur perlindungan kesuburan layak mendapat perlindungan tersebut.

Ranking khas ini boleh digunakan untuk menyertai sehingga tiga kejohanan, namun polisi ini tidak terpakai untuk kejohanan peringkat Premier 1000.

Ranking khas itu akan berdasarkan purata ranking WTA pemain selama 12 minggu, dikira dari lapan minggu sebelum tempoh mereka tidak bertanding bermula.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2017, Sloane Stephens memberitahu BBC bahawa peraturan itu akan mengurangkan tekanan ke atas pemain untuk kembali ke gelanggang terlalu cepat.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata bahawa dia amat berbangga apabila sukan tenis mengiktiraf kepentingan rawatan kesuburan bagi atlet wanita selepas Stephens dua kali menggunakan musim rehat untuk membekukan telurnya.

“Bagi mana-mana wanita, perbincangan tentang kehidupan berkeluarga dan kerjaya adalah sesuatu yang rumit. WTA kini telah mewujudkan ruang yang selamat bagi pemain untuk meneroka pilihan mereka dan membuat keputusan terbaik untuk diri mereka sendiri,” katanya.

WTA dalam satu kenyataan berkata bahawa Peraturan Ranking Kemasukan Khas Perlindungan Kesuburan itu akan memperkukuhkan lagi pakej faedah sedia ada bagi membantu pemain mengimbangi kehidupan berkeluarga dan tenis.

“Kami memahami bahawa atlet profesional boleh menghadapi dilema antara menumpukan pada kerjaya atau memulakan keluarga, dan kami komited untuk menyokong pemain WTA ketika mereka membuat pilihan berkaitan kerjaya dan keluarga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif WTA, Portia Archer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN