Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan

Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan tuan rumah, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-14, 21-12 pada aksi suku akhir Terbuka Jepun di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu utama campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menundukkan pasangan India, K. Dhruv-Tanisha Crasto dalam aksi sengit di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu mengambil masa hampir sejam sebelum mencatat kemenangan 21-11, 16-21, 21-14 ke atas lawan yang berada di ranking ke-17 dunia.

Tang Jie-Ee Wei yang kembali digandingkan semula minggu lalu di Terbuka Singapura, mempamerkan keserasian dengan kawalan jaring dan serangan dua penjuru yang lebih kemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka seterusnya akan menentang pasangan Denmark Mads Vestergaard-Christine Busch pada aksi pusingan kedua, esok.

Dalam pada itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila mereka diuji dengan kekuatan beregu utama China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Pasangan No. 32 dunia itu tewas dalam tentangan sengit 23-21, 22-20 dalam masa 37 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini