Sumbangan warga pendidik Kemas tidak ternilai - Ahmad Zahid

Sumbangan warga pendidik Kemas tidak ternilai – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketulusan warga pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) membina asas literasi, sahsiah dan jati diri anak bangsa merupakan sumbangan yang sangat besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bersempena dengan Hari Pendidik Kemas 2025, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik Kemas di seluruh negara.

“Di sebalik kejayaan anak bangsa, tersembunyi peranan besar para pendidik dan pemaju masyarakat Kemas yang telah mencurahkan bakti di peringkat akar umbi.

“Tanpa keikhlasan dan dedikasi mereka membimbing daripada usia muda, sukar untuk kita membayangkan bagaimana masyarakat desa dapat terus maju dan berkembang seperti hari ini,” katanya menerusi hantaran di akaun media sosialnya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, tema ‘Di Sini Bermula’ amat bertepatan dengan hakikat peranan para guru Kemas sebagai antara individu pertama yang memperkenalkan dunia ilmu kepada anak-anak kecil.

“Di sinilah mereka mula belajar menyebut huruf, mengenal angka, membina keyakinan diri dan memahami erti hormat. Di sinilah langkah awal mereka menuju masa depan bermula,” katanya.

Beliau turut menyeru agar warga pendidik untuk meneruskan usaha menyemai ilmu dengan penuh kasih sayang dan komitmen.

“Insya-Allah, usaha murni ini akan terus mewarnai masa depan negara dengan generasi yang berilmu, beradab dan berjati diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN