SST: Kerajaan akan beri penjelasan terperinci

SST: Kerajaan akan beri penjelasan terperinci

ANWAR Ibrahim sewaktu berucap ketika mengadakan perjumpaan dengan Kepemimpinan PKR Johor hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan memberi penjelasan lebih terperinci mengenai kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih, termasuk buah-buahan import.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan itu perlu dilakukan kerana timbul kekeliruan, antara buah-buahan yang dikenakan cukai tersebut.

“Kita bagi penjelasan, mungkin kadang-kadang kenyataan umum macam katalah, pisang dikenakan SST. Jadi, keliru sebenarnya pisang import. 

“Tapi saya setuju kita akan perjelaskan kerana yang penting kita tak mahu yang membebankan golongan bawahan ataupun M40. 

“Jadi, sebab itu kita cadangkan macam buah-buahan import. Tapi ada yang mengatakan buah import, ada buah-buahan import yang dimakan oleh orang-orang miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Kepemimpinan PKR Johor hari ini.

Sebelum ini,  Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin dilaporkan berkata, keputusan untuk melaksanakan SST ke atas buah-buahan import sebagai tidak rasional kerana turut memberi kesan kepada pengguna berpendapatan rendah.

Ditanya sama ada pelaksanaan SST akan dikaji semula, Anwar menafikan perkara itu namun memberi ruang untuk mengubah beberapa perkara yang dibangkitkan.

“Tak (kaji semula), kita akan beri penjelasan, yang diperlukan, yang agak mengelirukan itu, macam orang marah, dia kena baca dulu senarai. Jadi, saya cadangkan kita baca dulu.

“Kalau perlu satu dua perkara ubah suai, tiada masalah, kita boleh ubah suai, tetapi cukai ni memang tidak mudahlah. Semua orang kalau boleh tidak mahu bayar, tetapi kita nak tingkatkan sekolah, pendidikan, orang miskin, hospital,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN