MUZIUM Palestin yang diasaskan di Woodbridge, Connecticut, kini melebarkan sayapnya ke Eropah dengan membuka cawangan pertamanya di ibu kota Scotland, Edinburgh bulan lalu. Dalam majlis perasmian tersebut, pengasas muzium itu, Faisal Saleh menyambut para tetamu dengan tenang, namun penuh semangat. Faisal, anak kepada keluarga pelarian Palestin yang diusir dari kampung Salama berhampiran Jaffa pada tahun 1948 melalui perjalanan hidup luar biasa, daripada membesar di Tebing Barat yang diduduki, menjadi usahawan…