Emak masuk hospital. Keadaannya lemah. Doktor kata stabil.” Sebaik sahaja menerima pesanan ringkas WhatsApp abangku, Ishak pada pagi Sabtu itu, aku terus menghubunginya. “Apa yang sebenar terjadi, Bang? Mengapa sampai hospital bagai?” Aku bertanya apabila panggilan aku dijawab. “Oh, mak jatuh katil tadi. Dia tidak boleh bangun sendiri. Bila abang dan akak Siti angkat, dia tidak boleh berdiri. Duduk pun badannya senget. Nak tergelungsur. Abang dapatkan ambulans dan emak terus dibawa ke hospital. Hospital Lumut,” jawab abangku Mengapa Hospital Lumut? Aku mahu bertanya lagi. Pertanyaan seterusnya: mengapa tidak pusat perubatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya