Seleweng tanah: Akaun syarikat, 4 individu RM4 juta dibekukan

Seleweng tanah: Akaun syarikat, 4 individu RM4 juta dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akaun syarikat dan perbankan milik empat individu dianggarkan kira-kira RM4 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan isu penyelewengan tanah seorang pengarah syarikat di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, siasatan yang dijalankan SPRM Selangor sejak 9 Mac lalu telah membekukan dua akaun unit amanah bernilai kira-kira RM2.6 juta dan beberapa akaun simpanan syarikat serta individu berjumlah kira-kira RM1 juta.

“Pada masa sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan penipuan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya,seramai 24 orang saksi telah diambil keterangan setakat ini.

“SPRM juga masih mengesan saksi-saksi yang terlibat di dalam kes terbabit bagi tujuan rakaman percakapan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Semalam, seorang pengarah syarikat yang juga merupakan pemegang amanah ke atas tanah seluas kira-kira lapan ekar di sebuah ladang di Hulu Selangor telah ditahan reman lima hari hingga Isnin depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN