MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memperkenalkan lafaz taklik tulisan Braille bagi memudahkan urusan pernikahan golongan kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia adalah yang pertama di Malaysia bagi membantu pengantin lelaki OKU penglihatan membaca lafaz itu sewaktu kadi menikahkan pasangan. Beliau berkata, buku itu didatangkan dengan dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang hanya boleh diperoleh di Melaka.…









