Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan ketenteraan Israel ke atas Iran sehingga mengorbankan pemimpin negara itu.

Katanya, Malaysia secara tegas menggesa negara yang mempunyai pengaruh dan kuasa untuk terus menekan dan menggunakan segala keupayaan bagi menghentikan tindakan agresif seterusnya.

Dalam hal ini, tegas Anwar, seluruh masyarakat dunia tidak boleh membiarkan tindakan yang sabotaj usaha diplomasi dan mengancam keamanan global terus berlaku.

“Serangan berkenaan adalah tindakan yang serius dan melulu serta mengancam untuk terus menggugat kestabilan sebuah rantau yang sudah pun rapuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memberi amaran Israel akan menghadapi akibat yang amat berat susulan serangan maut yang dilancarkan ke atas republik Islam itu awal pagi tadi.

Angkatan Tentera Iran juga berikrar akan beri tindak balas yang keras terhadap serangan Israel, dengan pasukan pertahanan udara bersedia 100 peratus susulan serangan Israel ke atas Iran awal pagi Jumaat.

Jurucakapnya, Brig Jen Abolfazl Shekarchi, yang dipetik TV rasmi Iran, berkata Israel dan Amerika Syarikat (AS) akan membayar ‘harga yang tinggi’ susulan serangan Israel ke atas Iran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN