Malayan Tigress tunjuk peningkatan

Malayan Tigress tunjuk peningkatan

PEMAIN Malayan Tingress, Steffi Sarge Kaur (dua dari kiri) mengekang asakan pemain Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika menang 2-0 dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (tertutup) di Dubai, kelmarin.- IHSAN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak wanita negara terus mencatat keputusan positif apabila sekali lagi menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (tertutup) di Dubai, kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan skuad Malayan Tigress meneruskan momentum kemenangan selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas lawan sama dalam aksi persahabatan pertama.

Pada aksi kedua itu, Adrienna Zamzaihiri dan Farahiyah Ridzuan muncul penjaring buat skuad negara, sekali gus berada di landasan tepat bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 di Dushanbe, Tajikistan pada 29 Jun ini hingga 5 Julai depan.

Biarpun melakar keputusan positif, pengendali negara, Joel Cornelli mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Jelasnya, secara keseluruhan graf pasukan menunjukkan peningkatan dan perkara ini bagus untuk pemain-pemain sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita 2026.

“Saya mempunyai tanggapan yang sangat baik tentang pasukan, tentang prestasi pemain dan sudah tentu masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya melihat pasukan semakin meningkat, secara individu dan berpasukan. Jadi ini penting untuk kita terus berkembang dan menghadapi pasukan yang kuat sebelum beraksi di kelayakan Piala Asia.

“Kita ada masa untuk melakukan persiapan, tetapi apa yang memberi saya keyakinan ialah pasukan cepat memahami apa yang saya mahukan dan mereka cuba 100 peratus untuk melakukan apa yang kita mahu,” katanya.

Malayan Tigress akan membuka tirai saingan kumpulan H Kelayakan Piala Asia menentang Palestin pada 29 Jun nanti.

Selain Palestin, pasukan wanita kebangsaan juga akan turun bertemu Tajikistan pada 3 Julai dan Korea Utara pada 5 Julai dalam misi layak ke Piala Asia Wanita 2026 di Australia pada Mac tahun hadapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN