KPM umum perincian baucar buku kepada guru masa terdekat

KPM umum perincian baucar buku kepada guru masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) agar dapat melaksanakannya dalam tempoh masa terdekat.

Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk memperluaskan pemberian Baucer Buku Madani kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara mulai tahun ini 

KPM dalam kenyataan berkata, inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 430,000 warga pendidik di seluruh negara. 

“Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat termasuk golongan pendidik. 

“Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan amalan membaca di semua peringkat selain sebagai usaha menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan untuk memperluaskan pemberian Baucer Buku Madani kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara mulai tahun ini 

Pada masa sama, pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri berkata, peluasaan pemberian baucer itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita lihat dulu keadaan ekonomi negara sebab kita sedang bertarung dengan tarif (Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN