Iskandar antara calon terbaik bimbing perseorangan wanita

Iskandar antara calon terbaik bimbing perseorangan wanita

ISKANDAR memberi tunjuk ajar kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen ketika Malaysia Masters pada bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen mengakui bekas pemain kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan jurulatih perseorangan wanita negara.

Jonassen menyifatkan Iskandar yang kini bersama Persatuan Badminton Ireland sebagai jurulatih berpengalaman dan mampu memperkukuh barisan kejurulatihan BAM jika diberi peluang.

“Saya tak boleh sahkan (dalam senarai calon pendek), tapi dia memang satu topik yang baik. Jurulatih berpengalaman dan pasti boleh membantu memperkukuh barisan kita.

“Cuma ia bergantung kepada masa yang sesuai dan kedudukan yang tepat dalam struktur sedia ada,” kata Jonassen selepas sesi latihan di ABM, Bukit Kiara, kelmarin.

Dalam masa yang sama, jurulatih kelahiran Denmark itu turut membayangkan beberapa calon lain turut dipertimbangkan, termasuk yang belum dikenali umum, dalam usaha memperkukuh sistem latihan menyeluruh dari peringkat remaja ke senior.

“Kami masih dalam proses. Sekarang pertengahan tahun, jadi kebanyakan jurulatih sedang terikat kontrak dan masa yang sesuai sangat penting untuk realisasikan pelantikan,” tambahnya.

Iskandar ketika ini mengetuai skuad perseorangan Ireland dan berjaya membimbing pemain utama mereka, Nhat Nguyen ke Sukan Olimpik Paris 2024 selain mencipta sensasi menewaskan perseorangan negara Leong Jun Hao di Malaysia Masters, bulan lalu.

Walaupun masih terikat kontrak hingga 2028, Iskandar mengakui menerima panggilan daripada BAM awal tahun ini dan menyerahkan keputusan akhir bergantung kepada banyak faktor termasuk keluarga.

Kekosongan jawatan itu berlaku selepas Jeffer Rosobin memilih untuk menamatkan khidmatnya bersama BAM bagi menumpukan kepada keluarga, walaupun meninggalkan legasi hebat dalam pembangunan pemain remaja membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Remaja Dunia 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN