Baru-baru ini, Cik Bunga diberitahu oleh teman-teman media yang hadir ke sebuah acara hiburan.
Kononnya mereka pelik kenapa pelakon, Aniq Suhair tidak hadir ke majlis hiburan itu sedangkan mengikut apa yang dimaklumkan pihak penganjur, Aniq, salah seorang pelakon yang terbabit dalam menjayakan sebuah filem genre horror akan datang.
Kiranya, penganjur hendak mempromosikan filem itulah, sebab itu rakan-rakan media hadir dalam sesi tersebut.
Ada ramai juga artis yang terlibat, tetapi sudah tentulah ramai juga hendak bertemu dengan Aniq. Dari awal sampai akhir majlis berlangsung, batang hidung Aniq pun tak nampak nampak.
Aduhai, macam mana ini Aniq? Atau Aniq sebenarnya tak selesa nak berjumpa dengan rakan wartawan? Tidak perlu risau pun, kita bukan makan orang.
Okey, Cik Bunga melawak sahaja. seakan mahu kembali dalam Tapi sungguh Cik Bunga mahu tanya ini, kenapa Aniq tidak sudi hadir tempoh hari? Dengarnya sesi baca skrip pada awal hari tersebut juga Aniq tak hadir.
Walhal setahu Cik Bunga, sesi baca skrip penting juga untuk seseorang pelakon yang mahu menjayakan sesebuah naskhah drama atau filem.
Harapnya, Aniq tidak buat perangailah. Tapi Cik Bunga percaya Aniq bukan seorang pelakon yang jenis ada perangai pelik-pelik ini. Lagipun dia pun dunia lakonan dengan imej lebih baharu dan segar.
Tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi. Jadi, mungkin sahajalah Aniq tidak dapat hadir tempoh hari kerana seakan mahu kembali dalam dunia lakonan dengan imej lebih baharu dan segar. Tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi.
Jadi, mungkin sahajalah Aniq tidak dapat hadir tempoh hari kerana sakit atau ada urusan lain. Mungkin sahaja.