Sze Fei-Izzuddin mudah ke pusingan kedua Malaysia Masters

Sze Fei-Izzuddin mudah ke pusingan kedua Malaysia Masters

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan pasangan Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi 21-16, 21-13 pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, hari ini. FOTO IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No.1 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membuka langkah kanan dalam Malaysia Masters 2025 apabila menewaskan beregu muda Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi 21-16, 21-13 pada pusingan pertama di Axiata Arena, sebentar tadi.

Izzuddin berkata tumpuan mereka kini adalah memperkemas aspek permainan termasuk rotasi dan mengenal pasti apa yang masih perlu diperbaiki.

“Siapa pun lawan kami, fokus utama adalah kepada persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Sasaran memang ada, tapi kami tak mahu letak harapan terlalu tinggi di atas gelanggang,” kata Izzuddin kepada pemberita selepas perlawanan, hari ini.

Kemenangan itu melayakkan mereka ke pusingan kedua pada Khamis menentang pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Arif Junaidi-Yap Roy King menemui jalan pulang selepas tewas kepada pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-11, 22-20 dalam masa 38 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×