PM sahkan Sultan Brunei di IJN, berehat

PM sahkan Sultan Brunei di IJN, berehat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau dalam kenyataan ringkas berkata, Sultan Hassanal Bolkiah kini sedang berehat.

“Sultan Brunei dalam keadaan sedikit penat dan baginda berehat di IJN,” katanya ringkas dalam sidang akhbar hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Sultan Brunei antara 10 pemimpin ASEAN yang hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung semalam dan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN