Rombakan Kabinet hanya beberapa jawatan

Rombakan Kabinet hanya beberapa jawatan

ANWAR Ibrahim pada majlis pelancaran buku terbaharunya, Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil, hari ini. Turut hadir bersama Pengerusi Eksekutif Pavilion Group, Puan Sri Cindy Lim (kanan) dan Pengarah Bukit Jalil Tsutaya Books, Gan Vi King (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet yang dilaksanakan nanti hanya melibatkan beberapa jawatan sahaja dengan beberapa nama telah disenarai pendek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala pandangan daripada pihak lain masih terbuka menegaskan bahawa beliau tidak tergesa-gesa membuat keputusan itu, walaupun ia merupakan prerogatifnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya sedang memikirkan mengenai rombakan itu. Saya tidak mahu tergesa-gesa. Saya perlu meneliti kerana saya masih mendengar (pandangan) dan saya belum berbincang dengan semua ketua parti lagi.

“Walaupun keputusan ini adalah prerogatif saya, saya berterima kasih dan menghargai bahawa mereka menyatakan itu hanyalah pandangan mereka dan akhirnya, saya yang perlu membuat keputusan. Saya belum pun bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lagi.

“Mengisi kekosongan juga bermaksud satu rombakan kecil. Saya ada, saya ada (senarai untuk rombakan itu),” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran dan sesi menandatangani buku terbaharunya, Rethinking Ourselves di Pavilion Bukit Jalil di sini hari ini.

Anwar sebelum ini berkata, rombakan Kabinet baharu akan diputuskan selepas pertimbangan yang teliti berdasarkan kepentingan rakyat dan agenda reformasi negara

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa rombakan Kabinet itu bukanlah rombakan besar, sebaliknya hanya untuk mengisi beberapa jawatan menteri yang kosong.

Pada masa ini, terdapat empat kekosongan dalam Kabinet, dengan portfolio tersebut sedang diuruskan sementara oleh menteri lain.

Jawatan yang masih kosong adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN