Pemimpin kalah Cabang bertanding Naib Presiden PKR

Pemimpin kalah Cabang bertanding Naib Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua nama yang kalah ketika pemilihan Cabang PKR baru-baru ini merupakan lapan individu yang mengemukakan borang pencalonan Naib Presiden PKR.

Nama-nama tersebut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah sebagai Ketua Cabang Setiawangsa dan Ahli Segamat, R. Yuneswaran, tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Tebrau.

Sehingga pukul 6.30 petang semalam, sebanyak lapan nama menghantar borang pencalonan Naib Presiden PKR iaitu penyandang, Chang Lih Kang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga menghantar borang pencalonan.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ketua Cabang PKR Hulu Rajang, Abun Sui Anyit yang juga Ahli Dewan Negara dan bekas EXCO Selangor, Hee Loy Sian.

Proses pencalonan bagi pemilihan peringkat pusat dibuka selama dua hari bermula pukul 12 tengah semalam sehingga 11.59 malam hari ini.

Sebelum ini, selain Lih Kang, semua penyandang jawatan Naib Presiden telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan masing-masing antaranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Nik Nazmi.

Sementara itu, masih belum ada pemimpin yang menghantar borang pencalonan Timbalan Presiden PKR setakat pukul 6.40 petang semalam.

Dalam pada itu, semakan mendapati beberapa nama telah menyerahkan borang pencalonan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) antaranya Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Pengerusi Finas dan pelakon, Datuk Hans Isaac dan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Selain itu, dua nama yang tewas ketika pemilihan Cabang PKR baru-baru juga menghantar pencalonan MPP antaranya Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×