Nadal akui sudah tidak rindukan tenis

Nadal akui sudah tidak rindukan tenis

BEKAS pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal melambai ke arah penonton ketika majlis penghargaan kepada kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis sebanyak 14 kali dalam tempoh dua dekad di Kompleks Roland Garros, Paris, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas pemain tenis No. 1 dunia, Rafael Nadal mengakui bahawa dia tidak terlalu merindui sukan itu selepas mengambil keputusan untuk bersara pada tahun lalu sebagai juara Grand Slam sebanyak 22 kali.

Roland Garros memberi penghormatan dengan penuh emosi kepada pemenang Terbuka Perancis sebanyak 14 kali itu pada hari pembukaan kejohanan, enam bulan selepas Nadal bermain perlawanan terakhirnya.

“Saya tidak terlalu merindui tenis, kerana saya rasa saya telah memberikan segala yang saya ada.

“Saya tiba hari ini (semalam) dengan ketenangan bahawa saya tidak boleh berada di atas gelanggang. Badan saya tidak mengizinkan saya untuk berada di atas gelanggang. Jadi, itu sahaja. Saya tenang.

“Saya telah lakukan segala yang saya mampu untuk mempunyai kerjaya terbaik, dan sekarang saya sedang menikmati fasa baru dalam hidup saya, yang saya pasti tidak akan sehangat kerjaya tenis, kerana adrenalin yang diberikan oleh sukan sukar untuk dicari dalam perkara lain dalam hidup.

“Tapi itu tidak bermaksud saya akan kurang bahagia,” katanya.

Pemain berusia 38 tahun itu berkata dia langsung tidak bermain sejak menamatkan kerjaya cemerlangnya pada November lalu, sebaliknya memberi tumpuan kepada akademi tenis, yayasan amal dan perniagaannya.

“Saya belum sentuh raket sejak bersara. Jadi dah enam bulan saya tidak berada di gelanggang tenis tetapi saya akan kembali. Saya akan kembali pada satu ketika, kerana saya akan bersedia untuk bermain dalam pertunjukan atau sesuatu seperti itu.

Nadal turut berkata dia selepas bersara semangat kompetitifnya juga hilang, termasuk ketika bermain golf.

“Saya tidak tahu kenapa tapi saya main golf atau apa saja, dan saya tidak peduli jika saya kalah, menang, bermain dengan baik atau buruk. Ia satu perasaan yang pelik bagi saya, dan tidak menyeronokkan.

“Saya tidak suka mengalami perkara itu, terus terang, kerana saya memahami sukan dengan cara yang berbeza. Tapi itu sudah berlalu. Saya kini kembali kompetitif,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN