Harimau 'asli' barisi kesebelasan lawan Cepe Verde

Harimau ‘asli’ barisi kesebelasan lawan Cepe Verde

ARIF Aiman (kanan) dan Faisal Halim (dua dari kanan) mengetuai jentera serangan Harimau Malaya berdepan Cepe Verde, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengambil keputusan berani dengan menurunkan tujuh anak tempatan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan berdepan Cepe Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

Tujuh pemain tempatan yang mendominasi kesebelasan utama itu diketuai penjaga gol berpengalaman, Ahmad Syihan Hazmi mengawal benteng skuad Harimau Malaya.

Bahagian pertahanan diperkuatkan oleh gandingan Harith Haiqal Adam Afkar dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, yang masing-masing mengemudi benteng tengah.

Turut berada di posisi pertahanan ialah Matthew Davies di sebelah kanan dan Daniel Ting di kiri.

Di bahagian tengah pula, menyaksikan Nazmi Faiz Mansor diberi peranan utama dibantu pemain berdarah kacukan, Nooa Laine, untuk mengimbangi penguasaan bola di tengah padang.

Penantian penyokong tempatan untuk menyaksikan debut pemain muda, Gabriel Palmero, akhirnya tertunai apabila dia turut diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini.

Jentera serangan pula ditunjangi trio Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, dan Faisal Halim mengetuai barisan depan, dengan Faisal kembali ke kesebelasan utama selepas hanya menjadi pemain gantian ketika menentang Nepal, Mac lalu.

Untuk rekod, skuad negara dijadual menentang Cape Verde sebanyak dua kali iaitu malam ini bagi aksi Tier 1, dan satu lagi aksi tertutup yang akan berlangsung pada 3 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN