Palmero milik Kuching City

Palmero milik Kuching City

Gabriel Palmero akan beraksi bersama Kuching City dalam baki Liga Malaysia musim ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City FC akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila mengumumkan pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, sebagai rekrut baharu pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga super musim ini.

Pengumuman rasmi yang dibuat menerusi media sosial kelab itu mengesahkan Bumi Kenyalang kini menjadi ‘rumah’ baharu buat Palmero, sekali gus menjawab khabar angin yang berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai masa depannya.

“Gabriel Palmero pemain baharu Kuching City,” kata kelab dalam satu kenyataan di media sosial rasmi.

Palmero tiba di Kuching sebagai ejen bebas selepas kontraknya bersama kelab Sepanyol, CD Tenerife, ditamatkan susulan penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini.

Kehadiran Palmero dijangka memberi nilai tambah kepada skuad kendalian Kuching City FC, khususnya dalam memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi saingan liga serta kempen Piala Malaysia.

Peminat setia The Cats pastinya berharap sentuhan dan pengalaman Palmero mampu menjadi pemangkin kebangkitan pasukan itu dalam kancah bola sepak tempatan.

Dengan pengalaman beraksi bersama Harimau Malaya, pemain berusia 24 tahun itu dijangka tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia.

Untuk rekod, Palmero telah mengumpul sebanyak 4 caps bersama Harimau Malaya sebelum digantung oleh FIFA berkenaan isu pemalsuan dokumen pemain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN