Hamilton terlalu dilindungi - Villeneuve

Hamilton terlalu dilindungi – Villeneuve

LEWIS HAMILTON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Legenda Formula Satu (F1) Jacques Villeneuve menyifatkan Lewis Hamilton terlalu dilindungi semasa bersama Mercedes sehingga menyebabkan pelumba Ferrari itu tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap permulaan sukar bersama pasukannya pada musim ini.

Hamilton memenangi enam daripada tujuh kejuaraan dunianya bersama Mercedes dalam tempoh sembilan tahun.

Tiga musim terakhirnya bersama pasukan itu tidak berjaya apabila Mercedes bergelut untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu yang dikenakan.

Selepas musim terbaik Ferrari dalam lebih sedekad, menamatkan hanya 14 mata di belakang McLaren di tangga teratas kedudukan pengeluar dan tinggi jangkaan yang diletakkan kepada Hamilton pada musim ini.

Namun, kerjasama itu belum memenuhi jangkaan setakat ini, dengan kemenangan dalam perlumbaan pecut di China menjadi pencapaian tertinggi setakat ini.

Bercakap kepada Vision4Sport, Villeneuve mendakwa bahawa Hamilton tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap kemerosotan prestasi Ferrari selepas terlalu dilindungi ketika bersama Mercedes.

“Lewis masih membawa nilai imej yang tinggi kepada pasukan, jadi saya tidak nampak sebarang isu buat masa ini. Masalahnya ialah sejauh mana dia mula meragui dirinya. Jika dia mula meragui terlalu banyak, maka ia akan menjadi sukar untuk pulih.

“Saya tidak mengenali Lewis dengan cukup rapat. Sukar untuk benar-benar memahami Lewis. Dia mempunyai gelembung perlindungan sendiri, jadi sukar untuk menilai. Dia menghabiskan bertahun-tahun di Mercedes, terlalu dilindungi.

“Dan pada masa itu, ia kelihatan seperti suatu keperluan. Kini dia tidak biasa didedahkan, dan dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan baik. Saya rasa dia langsung tidak menjangka perkara ini berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN