Pengawal keselamatan ditipu beli motor atas talian

Pengawal keselamatan ditipu beli motor atas talian

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan mengalami kerugian sebanyak RM2,450 kerana selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam urusan pembelian motosikal secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada Khamis lalu.

Menurutnya, pengadu lelaki yang berbangsa Bajau itu telah berminat untuk membuat belian sebuah motosikal jenama Yamaha model LC135 yang diiklankan menerusi Facebook sebelum berurusan dengan penjual secara atas talian.

“Pengadu telah membuat bayaran ke dalam 2 akaun berbeza. Dia kemudianya berjumpa dengan penjual dan berpuas hati dengan keadaan motorsikal tersebut.

“Namun ketika pengadu ingin membawa pulang motorsikal tersebut penjual mendakwa tidak menerima sebarang bayaran dan akaun yang menerima bayaran tiada kaitan dan tidak dikenalinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Lazim, akibat kejadian itu pengadu mengalami kerugian sebanyak RM2,450.

“Kes telah disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN