Lima rakyat China antara 15 didakwa lakukan penipuan atas talian

Lima rakyat China antara 15 didakwa lakukan penipuan atas talian

SEMBILAN lelaki warga tempatan antara 15 ahli sindiket yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lima warganegara China antara 15 ahli sindiket yang dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan, di sini hari ini atas dakwaan melakukan penipuan atas talian menyasarkan mangsa luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.

Di hadapan Majistret, Nurzihan Abdul Rehman, sembilan tertuduh iaitu Liew Ming Hui, 23; Chong Yong Xuan, 25; Gan Kai Lin, 20; Gan Wei Xiang, 23; Myles Tan Yi, 21; Eldrick Tan Chin Lim, 24; Tan Hong Wei, 23; Dennis Chong Wen Wei, 28 dan Chuah Kian Wei, 21 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Manakala di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab, enam tertuduh iaitu Yau Chin Lin, 33, serta lima warganegara China, iaitu Dong Ningning, 34; Chen Haihui, 40; Wang Mengnan, 34; Li Xing, 28; Sun Qixin, 30, turut mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa telah melakukan pakat jahat jenayah untuk melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang iaitu membuat penipuan pekerjaan tidak wujud di dua unit kediaman di East Ledang, Nusajaya pada pukul 2.40 petang dan 5.30 petang pada 25 September lalu.

Atas kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 120B(C) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Nurzihan memerintahkan agar sembilan tertuduh dikenakan denda RM3,500, jika gagal bayar enam bulan penjara, manakala Atifah Hazimah pula memerintahkan enam lagi tertuduh didenda RM4,200, jika gagal bayar juga akan dikenakan enam bulan penjara.

Peguam, Gan Chee Sheng dan Chuah Shyue Chien yang mewakili tertuduh di mahkamah berasingan memohon agar diberikan denda ringan kerana kesemuanya mempunyai tanggungan ahli keluarga termasuk ibu bapa uzur, isteri tidak bekerja dan anak yang kecil.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Deana Aqilah Aliman dan Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal juga secara berasingan memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada semua tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×