KUALA LUMPUR: Persidangan kerjasama 16th Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Summit hari ini dijangka dapat memperkukuh lagi kerjasama strategik ASEAN bersama rakan serantau dan global.
Ia merupakan lanjutan kepada momentum positif yang telah dicapai semalam bagi memperkemas agenda pembangunan sub rantau dan mengukuhkan keterhubungan rentas sempadan dalam kalangan negara terlibat.
Perdana Menteri Filipina, Ferdinand Marcos Jr. yang mempengerusikan persidangan tersebut berkata, sidang kemuncak ini sangat istimewa kerana ia menandakan lapan tahun kerjasama antarabangsa sejak tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
“Sejak 2017, kerjasama kami semakin mengukuh dan perkongsian ini telah dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat. Di samping itu, kami juga telah meletakkan asas yang kukuh untuk meningkatkan pertumbuhan yang mampan dan didorong oleh inovasi.
“Kesinambungan daripada inisiatif ini kami teruskan dalam aspek perdagangan dan kemudahan pelaburan, keselamatan makanan dan tenaga, eko-pelancongan, dan perkembangan baharu lain yang memberi manfaat dalam banyak perkara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan pembukaan dalam sesi persidangan 16th Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Summit di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Selain BIMP-EAGA, hari ini turut menyaksikan tumpuan utama kepada pengukuhan kerjasama ASEAN bersama akan strategik, menerusi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China buat julung kalinya.
Kedua-dua sidang ini akan membincangkan langkah konkrit untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan, selaras dengan aspirasi ASEAN untuk memainkan peranan lebih besar dalam landskap geoekonomi Indo-Pasifik. – UTUSAN