Kami tidak pernah leka - Ducati

Kami tidak pernah leka – Ducati

GIGI DALL'LGNA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos Ducati, Gigi Dall’Igna berkata dua pelumbanya menunjukkan betapa kehebatan mereka dalam Grand Prix (GP) Qatar sekali gus memberi peringatan kepada pencabar lain bahawa mereka tidak pernah leka.

Pengeluar dari Itali itu, dengan bantuan Marc Marquez, meneruskan dominasi mereka dengan kemenangan berganda (pecut dan GP) di Qatar untuk musim 2025, dan masih belum ditewaskan dalam mana-mana perlumbaan setakat ini.

Namun, kejutan berlaku apabila pelumba KTM, Maverick Vinales, mendahului perlumbaan GP Qatar dan kelihatan berpotensi menamatkan penguasaan Ducati sehingga ke peringkat akhir saingan pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, penyertaan Vinales dibatalkan selepas dikenakan penalti disebabkan tekanan tayar jentera miliknya.

“Ducati mencatat satu-dua podium yang sekali lagi didominasi warna kami, dengan lima jentera berada dalam enam tempat teratas.

“Satu kemenangan, yang ke-21 berturut-turut, terasa lebih manis menentang lawan kuat yang baru saja menunjukkan betapa berbahayanya mereka. Satu kejayaan, dengan melihat bagaimana ia berlangsung, mengingatkan kami untuk tidak pernah leka,” katanya.

Dall’Igna menyifatkan aksi Marquez di Qatar sebagai tiada tandingan, sambil turut memuji keputusan Francesco Bagnaia.

“Marc yang tiada tandingan ketika ini, dalam satu persembahan penuh gaya yang sekali lagi menunjukkan kekuatannya.

“Tetapi lebih penting lagi, kebijaksanaan taktikal dan kecekapan kompetitifnya dalam membaca perlumbaan dan mengatur strategi pada saat-saat penting, mengoptimumkan cara dan masa untuk serangan penamat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya