Tiada apa yang hendak dikongsikan - Mas Ermieyati

Tiada apa yang hendak dikongsikan – Mas Ermieyati

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin enggan mengulas berhubung peletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Mas Ermieyati berkata, tiada keperluan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

“Tidak ada, tiada apa yang hendak dikongsikan buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah bersama 39 ahli jawatankuasa.

Perkara itu diumumkan oleh Shahrul Azhar Amir yang turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu Bahagian Masjid Tanah selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat yang diadakan kelmarin.

Mesyuarat itu juga sebulat suara merakamkan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden.

Mereka mendakwa Bersatu Bahagian Masjid Tanah telah terbubar secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN