Separuh kenderaan PDRM uzur

Separuh kenderaan PDRM uzur

WAN HASSAN WAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir separuh daripada 5,628 kende­raan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan Unit Peronda Berbasikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) dalam keadaan uzur yang memerlukan penggantian baharu. 

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, terdapat antara kenderaan terbabit telah melebihi sembilan tahun ke atas penggunaannya. 

Katanya, jumlah terbabit membabitkan kira-kira 3,958 motosikal URB dan 1,670 kende­raan MPV.

“Daripada 3,958 unit motosikal, kira-kira 50 peratus daripadanya telah uzur. Ini kerana usia kenderaan itu telah mencapai sembilan tahun.

“Ini membabitkan 948 unit yang dibekalkan pada tahun 2012, 196 (2015) manakala 2,814 unit pada tahun 2017,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

Untuk rekod, MPV dan URB menjadi antara petugas barisan hadapan PDRM yang bertugas mencegah jenayah 24 jam tanpa henti demi kesejahteraan rakyat.

Wan Hassan berkata, bagi kenderaan MPV, sebanyak 1,561 adalah disewa daripada Spanco Sdn. Bhd. manakala 109 lagi kereta MPV milik pasukan.

Jelasnya, kenderaan MPV yang disewa selama lima tahun akan ditukar ganti.

“Pada Jun ini, sebanyak 600 unit MPV akan diganti kerana tamat tempoh sewaan. Bagaima­na­pun, sebanyak 109 kendera­an MPV merupakan kenderaan pasukan berusia 10 tahun dan ke atas dan 30 peratus daripadanya didapati uzur,” katanya. 

Beliau berkata, JPJKK sedang dalam kajian bagi tujuan permohonan penggantian. 

“Walaupun terdapat keka­ngan peruntukan dan bekalan alat ganti namun saya telah me­ngarahkan semua JPKK di setiap kontinjen dan daerah melakukan pemeriksaan terhadap keada­an kenderaan melalui tiga lapis pemantauan bagi memastikan semua aset berada dalam keada­an selamat dan berfungsi baik untuk tugasan rondaan.

“Ia membabitkan proses pemantauan setiap kenderaan untuk anggota URB dan MPV, daripada segi disiplin dan komunikasi berhemah selain tidak terlibat dalam apa juga aktiviti yang tidak sihat.

“Penyelia dan pihak ketua jabatan perlu dipertanggungjawabkan atas apa-apa kecurangan (masalah) berlaku,” katanya.

Ditanya berhubung video tular tayar botak membabitkan URB, beliau mengambil maklum perkara itu dan tindakan susulan telah diambil JPKK. 

“Kami menyedari mengenai isu berkenaan dan tindakan segera telah diambil dengan menukar tayar baharu bagi memastikan kenderaan pasukan berada dalam keadaan selamat serta menepati piawaian yang ditetapkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN