Harap R&R di Lebuhraya LTU siap sebelum Aidilfitri

Harap R&R di Lebuhraya LTU siap sebelum Aidilfitri

PEMBINAAN kawasan rehat dan rawat (R&R) sementara di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dijangka siap seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri ini mampu menangani isu pembuangan sampah di laluan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Penduduk dan pengguna berharap pembinaan hentian rehat dan rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghubungkan Karak, Bentong hingga Gua Musang, Kelantan siap sebelum perayaan Aidilfitiri yang dijangka disambut hujung bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk Padang Tengku di sini, Nor Mohamad Faizal Osman, 38, berkata, mereka lega dan menyambut baik pembinaan R&R sementara di LTU sepertimana dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy baru-baru ini.

“Bagi kita, kemudahan yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri ini bakal memberi keselesaan kepada orang ramai serta mengurangkan masalah pembuangan sampah secara berleluasa di lebuh raya ini.

“Sebelum ini, ramai pengguna jalan raya membuang sampah ikut tingkap kenderaan mereka tanpa langsung rasa bersalah. Bukan sahaja plastik, malah botol berisi air kencing dan lampin bayi turut dibuang di bahu jalan.

“Jadi, dengan adanya hentian ini, pengguna boleh berhenti untuk berehat, makan minum serta menggunakan tandas dengan lebih selesa. Cuma kita benar-benar harap, ia siap sebelum Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan tentang keadaaan LTU yang dipenuhi sampah dan mencacatkan pemandangan terutama ketika cuti musim perayaan serta cuti persekolahan.

Pengguna laluan itu memilih untuk berhenti di bahu jalan untuk makan dan membuang sampah merata-rata bukan saja mengganggu kelancaran trafik malah meningkatkan risiko kemalangan.

Muhammad Fadhil Roslizan, 33, pula berharap pengguna jalan raya dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.

“Hentian ini akan memberikan banyak manfaat, jadi jangan rosakkan dengan sikap vandalisme atau membuang sampah merata-rata. Laluan LTU ini percuma tanpa tol, jadi kita sebagai pengguna sepatutnya menghargainya dengan menjaga kebersihan di lebuh raya ini.

“Tidak adil jika agensi berkaitan seperti Alam Flora, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpaksa mengutip sampah yang ditinggalkan pengguna,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini