TAMPIN: Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun cedera di muka dan lutut akibat terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar anjing liar di kawasan perumahannya di Gemencheh, di sini semalam. Ibu mangsa, Sharina Rebbuan, 35, berkata, ketika kejadian anaknya, Muhammad Zhafran Abd. Rahim bersama dua sepupu dalam perjalanan ke rumah nenek mereka tidak jauh dari rumah mereka di Taman Impian. Menurutnya yang bekerja sebagai pembantu kedai, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang…