Identiti mayat wanita ditemukan dalam beg belum diketahui

Identiti mayat wanita ditemukan dalam beg belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan wanita yang mayatnya dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas–Linggi, Negeri Sembilan semalam belum diperoleh, walaupun proses bedah siasat sudah selesai hari ini.

Rakan rapat si mati, Mac Ruhayu Mohd. Nor berkata, waris si mati yang berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses pengecaman tidak membuat pengecaman mayat secara langsung, sebaliknya hanya membuat pengecaman menerusi gambar.

“Wajah mayat memang tidak dapat dikenal pasti dan waris membuat pengecaman dengan melihat gambar sahaja.

”Keluarga kemudian diminta memberikan sampel DNA sebagai proses untuk memastikan identiti sebenar, dengan seorang kakak memberikan sampel DNA,” katanya ketika dihubungi.

Mac Ruhayu berkata, keputusan DNA dijangka mengambil masa antara dua minggu hingga empat bulan untuk disahkan sepenuhnya.

“Saya ke sana (Hospital Rembau) tapi tidak sempat dan proses bedah siasat sudah selesai.

“Keluarga maklumkan jenazah belum boleh dituntut, disimpan semula, belum boleh mandi jenazah,” katanya.

Mac Ruhayu berkata, difahamkan jenazah hanya boleh dituntut elepas proses pengesahan DNA diselesaikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN