umpa mayat wanita: Wang dikatakan punca dicekik sehingga maut

Mayat wanita dalam beg: Wang berkemungkinan punca dicekik sehingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kematian seorang wanita yang mayatnya dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas–Linggi, di sini, semalam, kemungkinan berkaitan masalah wang.

Utusan Malaysia difahamkan, siasatan awal dipercayai terdapat pertengkaran di antara suspek dan wanita itu sehingga menyebabkan kematiannya.

Selain, berdasarkan laporan bedah siasat yang selesai dilakukan hari ini mendapati wanita itu maut dipercayai akibat dicekik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia selepas penahanan suspek utama yang juga suami kepada wanita itu di Genting Sempah dekat sini petang tadi.

Muhammad Idzam memaklumkan, identiti sebenar mayat wanita itu belum dapat dipastikan Suri Narudin memandangkan proses pengecaman memerlukan sedikit masa.

“Ini ekoran keadaan muka mangsa yang tidam sempurna. Jadi kita belum dapat buat pengesahan,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN