Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar

Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Waran tangkap itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siasatan kes Salah Abou Nabout, seorang warganegara Perancis-Syria berusia 59 tahun yang juga bekas guru di Perancis yang terbunuh pada 7 Jun 2017 apabila rumahnya dibom oleh helikopter tentera Syria.

Menurut sumber yang enggan dinamakan, pihak kehakiman Perancis percaya Bashar telah mengarahkan dan menyediakan kelengkapan bagi serangan tersebut.

Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis berhubung kes ini, yang mula disiasat sejak 2018.

Sejak November 2023, Perancis mengeluarkan waran tangkap pertama terhadap Bashar atas serangan kimia pada 2013 yang meragut lebih 1,000 nyawa, menurut laporan risikan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, usaha itu sebelum ni terhalang kerana Bashar mempunyai imuniti sebagai Ketua Negara.

Namun, status tersebut tidak lagi terpakai selepas beliau digulingkan.

Sehingga kini, sistem kehakiman Perancis telah mengeluarkan 14 waran tangkap terhadap pegawai Syria yang terlibat dalam pelbagai jenayah.

Jumaat lalu, Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan, bertemu pemimpin pentadbiran baharu Syria, Ahmed al-Sharaa.

Pertemuan itu menyemarakkan harapan ke arah keadilan dan akauntabiliti terhadap kekejaman yang dilakukan sepanjang pemerintahan Bashar. 

Bashar yang digulingkan pada penghujung tahun lalu melalui serangan kilat oleh pasukan pejuang Hayat Tahrir Al Shams (HTS), didakwa bertanggung jawab sebagai ketua komander angkatan tentera atas serangan bom di bandar Deraa, Syria pada 2017.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini