Perak rangka dasar atasi kesihatan mental remaja

Perak rangka dasar atasi kesihatan mental remaja

KERAJAAN negeri Perak akan merangka dasar bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan merangka dasar mengatasi isu kesihatan mental yang berlaku dalam kalangan remaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, pihaknya akan mengangkat isu berkenaan kerana ia menyentuh kepentingan awam.

Katanya, kertas dasar akan dirangka dan dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) supaya wujud punca kuasa mengenai tindakan sewajarnya bagi menangani isu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan Negeri Perak mengambil berat dan memberi perhatian serius. Kami mahu membawa isu ini ke depan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada M. Thulsi Thivani (PH-Buntong) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri mula merangka dasar dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pihak terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau turut mendedahkan maklumat yang diperolehnya daripada PDRM yang menunjukkan bilangan kes bunuh diri melibatkan pelbagai peringkat umur di seluruh negara dari tahun 2025 hingga Jun 2026 berjumlah 1,648 kes.

Katanya, daripada statistik itu juga, cara bunuh diri yang tertinggi ialah gantung diri, diikuti terjun bangunan.

Beliau berkata, pencegahan awal mampu dilakukan sekiranya ibu bapa sedar lebih awal sehingga membawa anak-anak untuk rujukan pegawai perubatan, serta peka terhadap perubahan tingkah laku dan emosi mereka.

Jelasnya, antara perubahan itu ialah menyendiri dan mengasingkan diri daripada keluarga atau rakan, hilang minat terhadap aktiviti yang sebelum ini digemari, serta menunjukkan kesedihan, kemurungan atau putus asa.

Sivanesan kemudian bercakap kepada pemberita bahawa beliau yakin perkara sama akan diberi perhatian sewajarnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini