Murid lelaki mati tercekik makan croissant - Utusan Malaysia

Murid lelaki mati tercekik makan croissant

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seorang murid lelaki di Lubnan mati tercekik di sekolah ketika cuba melakukan cabaran makanan yang menjadi tular dalam platform video TikTok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media Lubnan melaporkan Joe Skaff, 12, meninggal dunia ketika cuba makan sepotong croissant dalam satu suapan. 

Mangsa dilaporkan terinspirasi oleh cabaran dalam talian ‘one-bite challenge’ dengan orang ramai memuat naik video mereka menyumbat pelbagai jenis makanan ke dalam mulut untuk dimakan dalam satu masa.

Dia mencuba cabaran itu di Sekolah Jannat Al-Atfal di Keserwan, utara Beirut, tetapi mula tercekik akibat pastri tersebut dan akhirnya menyebabkan dirinya tidak dapat bernafas.

“Dengan hati yang penuh kesedihan dan duka, kami meratapi pemergian anak tercinta dan pelajar tahun enam kami, Joe Skaff. 

“Hari ini, semasa waktu rehat pertama, Joe mengalami kemalangan tragis secara tiba-tiba kerana tercekik ketika makan,” kata pihak sekolah.  

Guru-guru dan seorang jururawat berlesen di sekolah tersebut cuba membantu Joe dan membersihkan saluran pernafasannya sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital, namun, usaha untuk menyelamatkannya gagal. 

“Joe adalah seorang kanak-kanak istimewa dengan keperibadian ceria dan kebaikan hati yang luar biasa, serta dia sangat disayangi oleh rakan-rakannya serta seluruh komuniti sekolah kami,” tambah pihak sekolah.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN