Kelajuan angin meningkat, sukar padam kebakaran Los Angeles

Kelajuan angin makin meningkat, sukarkan usaha padam kebakaran di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Usaha memadamkan kebakaran hutan di kawasan Los Angeles dijangka bertambah rumit apabila kelajuan angin terus meningkat sehingga Rabu ini, dengan sedikit peluang untuk keadaan cuaca reda dalam tempoh terdekat.

Pakar Meteorologi, Allison Chinchar berkata, kelajuan angin kini meningkat daripada angka satu digit kepada belasan batu sejam dan dijangka terus bertambah sehingga mencecah 60 batu sejam di beberapa kawasan yang telah lama mengalami kemarau teruk.

“Kita tidak akan mendapat rehat daripada keadaan ini dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

Los Angeles kebiasaannya mencatat hujan kedua terbanyak pada bulan Januari, namun sejak 1 Oktober lalu, kawasan itu hanya menerima 0.03 inci hujan berbanding purata biasa 4.6 inci.

“Ini bukan masa yang biasa untuk melihat kebakaran sebesar ini, apatah lagi merebak begitu pantas.

“Namun keadaan itu berlaku kerana kawasan semak dan tumbuhan yang terlalu kering memudahkan api merebak dengan cepat,” jelas Chinchar.

Tambah beliau, kelembapan dijangka meningkat dalam tempoh enam hingga tujuh hari, namun kesannya terhadap usaha memadamkan kebakaran mungkin agak terhad.

“Ini tidak bermakna hujan lebat akan turun, tetapi sekurang-kurangnya sedikit peningkatan tahap kelembapan dapat memberi peluang lebih baik kepada pasukan bomba untuk meningkatkan kadar kawalan kebakaran,” katanya. –CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN