Bolehkah nama Teluk Mexico ditukar jadi Teluk Amerika?

Bolehkah nama Teluk Mexico ditukar jadi Teluk Amerika?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakar berkata, secara teknikalnya, Trump boleh menamakan semula Teluk Mexico tetapi seluruh dunia tidak perlu mengikut telunjuk beliau berhubung penamaan tersebut.

Teluk Mexico terikat antara Cuba, negeri timur di Mexico iaitu Tamaulipas, Veracruz, Tabasco, Campeche, Yucatan dan Quintana Roo serta negeri di Pantai Teluk Amerika Syarikat yang meliputi Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida.

Tidak ada undang-undang rasmi antarabangsa yang memutuskan apa yang dipanggil ruang maritim bersama atau wilayah yang dipertikaikan secara universal. 

Walau bagaimanapun, Biro Hidrografi Antarabangsa (IHB) bertindak menyeragamkan nama dan menyelesaikan konflik.

Pada 2012, wakil Mississippi, Steve Holland mencadangkan rang undang-undang untuk menamakan semula bahagian teluk berhampiran AS sebagai Teluk Amerika. 

Holland kemudiannya menolak rang undang-undang itu sebagai jenaka, dan rang undang-undang itu tidak diluluskan apabila ia dirujuk kepada jawatankuasa.

Di AS, Lembaga Nama Geografi AS menyelia tatanama geografi.

Laman web lembaga itu mengatakan bahawa ia tidak menggalakkan perubahan nama melainkan ada sebab yang kukuh.

Lembaga itu akan melapor kepada setiausaha dalam negeri dan seterusnya kepada pentadbiran yang memerintah. 

Tetapi sementara Trump secara teori boleh menukar nama Teluk Mexico pada dokumen rasmi AS, ini tidak perlu diterima di peringkat antarabangsa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×