WASHINGTON: Pakar berkata, secara teknikalnya, Trump boleh menamakan semula Teluk Mexico tetapi seluruh dunia tidak perlu mengikut telunjuk beliau berhubung penamaan tersebut. Teluk Mexico terikat antara Cuba, negeri timur di Mexico iaitu Tamaulipas, Veracruz, Tabasco, Campeche, Yucatan dan Quintana Roo serta negeri di Pantai Teluk Amerika Syarikat yang meliputi Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida. Tidak ada undang-undang rasmi antarabangsa yang memutuskan apa yang dipanggil ruang maritim bersama atau wilayah…










