Indonesia umum pembubaran JI di Solo - Utusan Malaysia

Indonesia umum pembubaran JI di Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah, dianjurkan oleh Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis, semalam.

Bekas anggota JI turut mengangkat Sumpah Taat Setia kepada perpaduan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan prinsip teras negara seperti Pancasila, demokrasi, dan hak asasi manusia.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo menekankan kepentingan pendekatan lembut dalam program seumpama itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menerima bekas anggota JI.

Pesuruhjaya Jeneral Polis BNPT, Eddy Hartono pula berkata, acara itu menandakan aktiviti ke-45 dan terakhir dalam siri program serupa yang diadakan di seluruh negara.

Eddy menekankan kepentingan sokongan berterusan kepada bekas anggota JI, termasuk bimbingan, latihan dan aktiviti seperti wawasan kebangsaan dan keusahawanan.

“Ini akan membolehkan mereka hidup aman dan harmoni dalam masyarakat kita yang berbilang budaya,” katanya semasa acara di Dewan Konvensyen, Terminal Tirtonadi.

JI yang ditubuhkan pada awal 1990-an dengan matlamat mewujudkan ‘negara Islam’ di Asia Tenggara, terkenal kerana terlibat dalam insiden pengeboman maut di Bali pada 12 Oktober 2002. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini