Young Tigers bangkit ikat Bangladesh 2-2

Young Tigers bangkit ikat Bangladesh 2-2

ANTARA aksi pasukan hoki remaja kebangsaan menentang Bangladesh pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di Stadium Hoki Oman, Muscat, hari ini. - IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja kebangsaan bangkit untuk mengikat Bangladesh seri 2-2 pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan B Piala Remaja Asia 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat itu, Young Tigers membuka jaringan seawal minit kedua permainan menerusi gol padang Muhammad Danish Danial.

Tersentak dengan jaringan itu, Bangladesh kemudian menyamakan kedudukan selepas Amirul Islam menyempurnakan pukulan penalti sudut pada minit ke-27 dan keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Bangladesh bermula garang apabila Md Hasan meledak jaringan pada minit ke-36 untuk membawa pasukannya mendahului permainan.

Selang empat minit kemudian, Young Tigers bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas Muhammad Khairul Norizam menyempurnakan pukulan penalti sudut pada minit ke-40.

Malaysia kini di kedudukan selesa selepas menghuni di tangga teratas kumpulan B dengan tujuh mata diikuti Pakistan yang kekurangan satu perlawanan dengan enam mata.

Mengikut format kejohanan, hanya dua pasukan teratas daripada lima negara dalam peringkat kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Malaysia seterusnya dijadualkan akan menentang Pakistan di perlawanan terakhir peringkat kumpulan B pada pukul 8.45 malam waktu tempatan, esok.

Terdahulu, Young Tigers membuka kempen Piala Remaja Asia 2024 dengan bergaya selepas membenam China 5-2 serta membelasah tuan rumah 9-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya