WASHINGTON: Calon Republikan, Donald Trump menuntut pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) diumumkan selepas pusat pengundian ditutup, sebelum semua undi dikira sepenuhnya. Trump pernah mempraktikkan langkah itu pada 2020, apabila beliau mengumumkan kemenangan sehari selepas pilihan raya, yang mendorong sekutunya mendesak pegawai agar menghentikan pengiraan undi. Beliau dan konservatif lain berulang kali mendakwa wujud penipuan semasa pilihan raya 2020 yang menyebabkan kekalahannya berikutan tempoh lama dalam proses pengiraan undi…










