Tiga angkasawan Shenzhou 18 selamat kembali ke bumi

Tiga angkasawan Shenzhou 18 selamat kembali ke bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiga angkasawan China yang menyertai misi angkasa lepas Shenzhou 18 selamat kembali ke tanah air, selepas lebih enam bulan berada di stesen angkasa Tiangong.

Kapsul membawa angkasawan Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu  mendarat di tapak pendaratan Dongfeng di utara China selepas menamatkan misi mereka sejak 25 April lalu. 

Menurut Agensi Angkasa Lepas China, pendaratan berlaku kira-kira pukul 12.24 tengah hari (waktu tempatan) dan ketiga-tiga angkasawan itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Komander Shenzhou-18, Guangfu yang kini memegang rekod tempoh terpanjang berada di orbit bagi angkasawan China, adalah yang pertama keluar dari kapsul tersebut.

Sebelum meninggalkan stesen angkasa, Guangfu dan anak kapalnya menjalankan pelbagai eksperimen sains, termasuk mengkaji mikrob purba. 

Pasukan itu turut melakukan spacewalk di luar stesen angkasa pada bulan Mei dan satu lagi pada bulan Jun untuk memasang perisai pelindung terhadap serpihan angkasa lepas. 

Ketiga-tiga mereka juga menjalankan latihan kecemasan dan merakam video Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Gurun Gobi dan pelabuhan angkasa Wenchang di pulau Hainan, lokasi modul Tiangong dilancarkan.

Pasukan itu sempat menyambut kru Shenzhou 19 yang tiba di Tiangong pada 30 Oktober lalu.

Guangfu secara rasmi menyerahkan kawalan pos orbital kepada komander 19 Shenzhou, Cai Xuzhe pada 1 November dan upacara rasmi itu menandakan pertukaran orbital kelima China sejak menyiapkan stesen angkasa tiga modul pada akhir 2022. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN