Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang

Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang

KEADAAN mayat berbalut kain yang dijumpai berada dalam kawasan longkang di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang, hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH : Orang ramai yang berada di sekitar Pasar Awam Sama Gagah di sini digemparkan dengan penemuan mayat berbalut kain dalam kawasan longkang berhampiran sebuah kedai makan, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Difahamkan, mayat berkenaan merupakan mayat seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an dan berbadan kurus. Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki terbabit masih belum dapat dikenal pasti ketika ini.

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Azmi, 40-an berkata, dia menyedari kejadian itu ketika baru sahaja tiba di pasar awam tersebut untuk membeli sarapan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tengok saiz longkang itu (tempat mayat ditemukan) kecil sahaja berbanding saiz mayat. Jadi, nampak seolah-oleh mayat tersebut sengaja cuba disumbat atau disorokkan di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung penemuan tersebut buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini