Pang Ron-Su Yin naib juara China Masters

Pang Ron-Su Yin naib juara China Masters

HOO Pang Ron-Cheng Su Yin tewas kepada pasangan tuan rumah, Supak Jomkoh-Ornnicha Jongsathapornparn pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tewas di tangan beregu No. 2 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton China Masters merupakan satu pencapaian mengagumkan buat gandingan ‘underdog’, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, sebentar tadi.

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-23 dunia itu berjaya memaksa wakil tuan rumah bermandi keringat selama 1 jam 32 minit sebelum tunduk 23-21, 23-25, 16-21 di Pusat Sukan Shenzen, China.

Muncul selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 750 itu merupakan pencapaian terbaik Pang Ron-Su Yin sejak digandingkan bersama oleh jurulatih, Nova Widianto pada November tahun lalu.

Pencapaian tersebut juga membolehkan Pang Ron-Su Yin membawa pulang pingat perak dan wang tunai sebanyak AS$40,250 (RM179,837). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN