Leicester pilih Van Nistelrooy sebagai bos baharu

Leicester pilih Van Nistelrooy sebagai bos baharu

PENGURUS baharu Leicester City, Ruud van Nistelrooy akan memulakan tugasnya bermula esok. - IHSAN LEICESTERMERCURY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ruud Van Nistelrooy dilantik sebagai pengurus baharu Leicester City selepas beberapa minggu meninggalkan Manchester United

Jurulatih dari Belanda itu meninggalkan Old Trafford awal bulan lalu selepas berkhidmat sebagai pengurus interim selepas Erik Ten Hag dipecat.

Leicester memecat Steve Cooper selepas 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terjerumus tangga ke-16 dengan satu mata di atas zon penyingkiran.

“Saya berbangga dan teruja. Setiap orang yang saya jumpa menyatakan mengenai kelab bola sepak Leicester yang bersemangat waja.

“Sejarah terkini kelab ini amat mengujakan. Saya teruja untuk bermula dan mengenali setiap orang dan memberikan segala-galanya yang termampu kepada kelab bola sepak ini,” kata Van Nistelrooy.

Jurulatih berusia 48 tahun itu sebelum ini mengendali kelab PSV Eindhoven dari Liga Eredivisie pada musim 2022-2023.

Beliau tidak akan memulakan tugasnya sehingga hari ini, dengan pengurus interim, Ben Dawson mengendalikan kunjungan Brentford semalam yang mana Van Nistelrooy menghadiri perlawanan terbabit.

Untuk rekod, Leicester mengejutkan dunia bola sepak apabila menjuarai EPL pada musim 2015-16 dan menjulang Piala FA buat kali pertama lima tahun kemudian.

Namun mereka tersingkir daripada liga utama dua tahun lalu sebelum bangkit dalam cubaan pertama di bawah kendalian bos Chelsea sekarang, Enzo Maresca.

Dua daripada tiga kemenangan Van Nistelrooy dalam empat aksi kendaliannya sebagai pengurus sementara United hadir menentang Leicester dalam Piala Liga dan EPL.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya