Trudeau dakwa India cabar kedaulatan Kanada - Utusan Malaysia

Trudeau dakwa India cabar kedaulatan Kanada

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau bersalaman dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri, Justin Trudeau menuduh kerajaan India mendalangi keganasan di negara itu, dalam perdebatan terbaharu berhubung dakwaan New Delhi menyasarkan pemisah Sikh yang berpangkalan di Kanada.

Dalam siasatan mengenai campur tangan asing mengenai isu itu, Trudeu menegaskan, terdapat petunjuk yang lebih jelas India melanggar kedaulatan Kanada dengan menyasarkan penentang Sikh di wilayahnya.

Trudeau turut menyifatkan tindakan India itu sebagai ‘kesilapan besar yang mengerikan’.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas India dan Kanada menghalau duta masing-masing berikutan pembunuhan Ketua Pemisah Sikh, Hardeep Singh Nijjar di Vancouver pada Jun 2023.

Trudeau berkata, Kanada mempunyai bukti yang boleh dipercayai untuk mengaitkan ejen India dengan pembunuhan Nijjar, seorang warga Kanada yang menyokong kemerdekaan di Khalistani.

Pihak berkuasa Kanada dilaporkan sudah menahan empat warga India berhubung pembunuhan itu, namun New Delhi berulang kali menafikan penglibatannya.

Isnin lalu, India sekali lagi menolak dakwaan berkaitan pembunuhan Nijjar yang dilabel sebagai pengganas, menyebut dakwaan itu ‘tidak masuk akal’ dan hanya strategi untuk keuntungan politik.

Bagaimanapun, Trudeau ketika bercakap mengenai siasatan kes itu berkata, pembunuhan Nijjar adalah sebahagian daripada operasi India yang lebih meluas, dengan wakil kerajaan New Delhi secara sistematik menyasarkan penentang di dalam Kanada.

“Keganasan terhadap warga Kanada kebanyakannya didalangi dan diarahkan oleh kerajaan India.

”New Delhi, apabila dibentangkan dengan dakwaan itu, hanya menggandakan serangan terhadap kerajaan ini,” katanya memetik siasatan polis negara.

Kerajaan India turut menghadapi tuduhan dari Amerika Syarikat (AS) kerana cuba membunuh seorang pemisah Sikh yang menetap di negara itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN