Siapa pengganti Yahya Sinwar? - Utusan Malaysia

Siapa pengganti Yahya Sinwar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Selepas kematian Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar, persoalan kini timbul mengenai siapakah gerangan yang bakal menggantikan posisi pemimpin itu.  

Pakar di Institut Asia Barat Universiti Nasional Singapura, James Dorsey tidak menolak kemungkinan pemimpin seterusnya sudah pasti dilantik daripada individu di peringkat operasi kumpulan pejuang itu. 

Sekiranya kepemimpinan diserahkan kepada seorang lelaki di medan perang, katanya, satu nama yang muncul menjadi pilihan ialah Mohammed Sinwar iaitu adik kepada Yahya. 

“Walaupun Mohammed tidak mempunyai daya tarikan kepemimpinan yang berkarisma seperti yang dimiliki Yahya, tetapi beliau mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang pejuang,” katanya.  

Dorsey berkata, Hamas adalah sebuah gerakan yang secara prinsipnya terbukti sangat berdaya tahan.

“Sejarah Hamas adalah sejarah Israel membunuh pemimpinnya. Yahya Sinwar menyertai senarai itu. 

“Ini adalah generasi yang telah kehilangan semua harapan, pastinya di Gaza. Jika anda tidak mempunyai harapan, anda tidak mempunyai apa-apa dan tiada tempat untuk pergi, anda tidak akan rugi,” kata Dorsey.

Sementara iu, Penganalisis Asia Barat dari King’s College London, Andreas Krieg berkata, pembunuhan Yahya bukan sekadar ‘peristiwa yang sangat simbolik’, tetapi mewujudkan kekosongan kepemimpinan dalam rangkaian organisasi berkenaan. 

Jelasnya, kematiannya berlaku dalam tempoh dua bulan selepas kematian Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Iran. 

“Walaupun Hamas mengalami ‘kekalahan taktikal dan operasi’ dengan pembunuhan pemimpinnya, kematian Yahya tidak akan mengubah penentangan bersenjata terhadap Israel di Gaza.

Dalam pada itu, Hamas dilaporkan berkemungkinan menggantikan Yahya dengan pemimpin politik baharu yang berpangkalan di luar Gaza. 

Mohammed dijangka mengambil peranan lebih besar dalam mengarahkan perang menentang Israel di wilayah bergolak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN