WASHINGTON: Berbaki dua minggu lagi menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), menyaksikan pertembungan sengit antara calon Demokrat, Kamala Harris dan pesaingnya dari Republikan, Donald Trump untuk meraih undi di negeri-negeri penting yang akan mempengaruhi keputusan akhir. Isnin lalu, Harris melawat ketiga-tiga negeri ‘tembok biru’ – Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin – yang secara tradisinya menyokong parti tersebut dan menjadi kunci kepada kemenangan dua Presiden Demokrat sebelum ini. Sementara itu, Trump…










