ANKARA: Ahli politik Turkiye dan pemimpin dunia mengutuk serangan terhadap Turkish Aerospace Industries (TUSAS) berhampiran ibu negara Ankara, yang mengorbankan lima nyawa, kelmarin. Kejadian di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye dilaporkan berlaku pada 3.30 petang (waktu tempatan) dan turut mengakibatkan 22 yang lain cedera. Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya tidak menolak kemungkinan serangan itu mempunyai kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang melancarkan pemberontakan selama berdekad…










