Lubnan tagih RM1.08b tampung lebih sejuta pelarian dalaman

Lubnan tagih RM1.08b tampung lebih sejuta pelarian dalaman

PENDUDUK memeriksa kemusnahan selepas serangan Israel terhadap kejiranan Mreijeh di pinggir selatan Beirut.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Lubnan memerlukan AS$250 juta (RM1.08 bilion) sebulan untuk membantu lebih sejuta orang yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap krisis itu, Nasser Yassin berkata, tindak balas kerajaan dibantu oleh inisiatif tempatan dan bantuan antarabangsa, hanya meliputi 20 peratus daripada keperluan kira-kira 1.3 juta orang yang terjejas.

Beliau berkata, keperluan itu dijangka meningkat memandangkan serangan udara harian memaksa lebih ramai orang awam meninggalkan rumah dan menyebabkan kerajaan Lubnan terdesak mencari jalan untuk menyediakan penempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yassin berkata, sekolah, rumah sembelihan lama, pasar makanan segar dan kompleks kosong kini diubah menjadi tempat perlindungan kolektif.

“Kami sedang mengubah apa sahaja, mana-mana bangunan awam. Masih banyak yang perlu dilakukan.

“Kita memerlukan AS$250 juta sebulan untuk menampung makanan asas, air, sanitasi dan perkhidmatan pendidikan untuk pelarian,” katanya menjelang persidangan di Paris untuk mengumpulkan sokongan kepada Lubnan.

Peranan Yassin kini tertumpu kepada konflik kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan krisis, termasuk kementerian lain, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah Lubnan.

Pasukan krisis giat merancang operasi bantuan untuk tempoh empat hingga enam bulan, namun Yassin berharap peperangan tersebut akan berakhir lebih cepat.

“Kami perlu mengadakan gencatan senjata hari ini, dan kita memerlukan semua pihak dalam komuniti antarabangsa, untuk sekali ini berani menyatakan apa yang sedang berlaku.

“Terdapat negara anggota PBB melancarkan perang terhadap sebuah negara kecil dengan cara paling agresif dalam sejarah Lubnan. Ini sepatutnya menjadi mesej utama,” kata Yassin.

Beliau menganggarkan nilai kerugian akibat serangan Israel di Lubnan mencecah berbilion dolar.

“Seluruh kampung di sempadan musnah dalam beberapa hari terakhir, termasuk institusi awam, kemudahan air, stesen pam, hospital. Semua ini perlu dibina semula,” katanya.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini